jump to navigation

Utusan kasih Buat Aquasympreneur May 30, 2010

Posted by hafizuddins in PUSMAL Universiti Malaya.
trackback

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Sahabat-sahabat Aquasympreneur yang saya kasih,

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana Allah memberi kesempatan untuk kita menikmati nikmat Iman dan Islam pada tika ini. Allah jugalah yang memberi dan membuka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya dengan kehendak-Nya. Itu keyakinan yang perlu kita hadam dan percaya semata-mata pergantungan kita hanya pada Allah.

Hari ini,

Saya percaya Allah sayangkan kita dengan membuka pintu rezeki-Nya. Kalau pada permulaan projek kita hanya akan dijalankan di KongKong,JB sahaja. Tetapi kini siapa sangka kerja Allah. Di Bidor, Pulau Pangkor dan terbaru Langkawi akan menjadi medan kita. Anggaplah perpisahan kita ke divisyen masing-masing sebagai satu pengorbanan dan perjuangan untuk Jihad Ekonomi Ummah. Kejayaan kita adalah kejayaan Islam.

Sahabat-sahabat sekalian,

Suka disini saya memetik beberapa potong ayat Al-Quran untuk  difahami bersama. Mungkin ini ulangan untuk memperingati diri saya dan sahabat-sahabat.

1)      Surah Al-Anfal : 65

65. Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara kamu 20 Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.

2)      Surah Al-Balad :4

4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

Ayat suci diatas menerangkan hidup ini penuh dengan cabaran,kesulitan dan adalah peperangan. Untuk menempuhi segala ini Kesabaran yang tinggi diperlukan. Ini berkait rapat terus dengan perjuangan kita untuk menaik Ekonomi Ummah melalui Konsep Pakatan Simbiotik. Saya berharap sahabat-sahabat terus iltizam untuk memberi sepenuh komitmen dalam perjuangan ini tanpa mempunyai niat nafsi-nafsi atau kepentingan sendiri. Lurus dan rapat-rapatkan Saff. Moga-moga saff kita tetap teguh.

Aquasympreneur yang dirahmati Allah,

Saya mengajak untuk kita merenungi diri kita. Di manakah titik tolak atau niat kita dalam perjuangan ini?Adakah semata-mata kerana wang?harta atau sebagainya?Harapnya semuanya kerana Allah biarpun kita dimana-mana. Yakinlah Allah akan mengingati kita jika kita ingati-Nya.

Tiada guna-tamak

Itu hak Allah

Tiada guna-kaya

Itu hak Allah

Tiada guna-sombong

Itu hak Allah

Tiada guna-segalanya

Jika bukan kerna-Nya

Allah beri dunia

Ladang

Allah beri akhirat

Abadi

Pilihlah jika kaumengerti.

Aquasympreneur yang dikasihi,

Saya mohon semuanya marilah kita luruskan Saff perjuangan kita kembali.. Penghayatan Islam mesti diterjemah dalam perniagaan kita. Moga-moga Allah berkati seluruhnya. Insyallah dengan azam dan matlamat yang jelas kerana-Nya, Allah akan membantu kita. Setiap individu dalam Aquasympreneur adalah sebahagian daripada tubuh. Jika seorang lemah,yang lain akan merasainya. Jangan mudah putus asa. Jangan pandang ke belakang. Jangan rasa kerdil kerna kita pilihan Allah untuk berada diatas jalan jihad Ekonomi ini. Ayuh kita jadi PEMUDA yang iltizam!!PEMUDA yang tak gentar dan sabar menghadapi mehnah dan tribulasi mendatang. Salam perjuangan.

Mohd Hafizuddin Mohd Shukri

Ketua Pengarah Eksekutif,  Aquasympreneur

Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah (PUSMAL) Universiti Malaya.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: