jump to navigation

Satu Tahun Menjadi Pendidik May 16, 2010

Posted by hafizuddins in Idealis, Keluarga, SRA Masjid Negara.
trackback

Ingin saya ceritakan tentang guru. Cerita mula saya mengenal dari hati seorang guru.Guru adalah satu kerja-kerja yang besar. Saya pernah laluinya dulu dan saya lahir dalam lingkungan guru-guru. Bonda saya seorang guru,guru Kemahiran Hidup yang mengajar erti kehidupan,memahat,memasak dan memanam. Ayahanda juga guru,guru Bahasa Melayu dan Sejarah, mengajar erti Sastera dan melukis hidup dari sejarah lalu. Usu mengajar Matematik,mengenalkan erti logik kehidupan. Nyang mengajar Agama Islam, mengenal tarbiah Islamiah. Allahyarhamah Cik Zurina mengajar Bahasa Inggeris.

Cerita Mula : Hari ini hari pertama di temubual dalam sejarah hidup. Sampai di aras 4, bangunan JAWI. Masih tiada calon lain. Saya orang pertama. Hati berdebar . seorang demi seorang calon tiba. Ruang sudah penuh. Nama saya dipanggil ke dalam bilik untuk di soal siasat.5 orang panel kesemuanya, 1 ustazah dan 4 ustaz. Pelbagai soalan ditanyakan kepada saya,Tajwid,Fekah,Tauhid,Sirah dan Metodologi Pengajaran. Kesemua jawapan menghampakan. Namun begitu, saya berkata dari hati kepada semua panel,”Cita-cita saya ingin jadi pendidik,ibu dan ayah saya pendidik, ibu saya selalu mendoakan agar saya menjadi pendidik. Pendidik perlu mendidik dari hati.”Sebulan kemudian, tanggal 1 Julai 2008, saya dipilih untuk mengajar di SRA Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara. Hajat ibu dan cita-cita saya tercapai.

Cerita Satu : Hari pertama yang mendebarkan. Berjumpa dengan guru besar perempuan.namanya Ustazah Zafiah. Pertemuan pertama beliau telah mengandaikan saya akan berkhidmat di sekolah mungkin sebulan dua. Tapi saya berjanji,”Insyallah sekurang-kurangnya satu tahun saya akan mendidik dan berbakti pada sekolah. Saya ingin mendidik dari hati”.Diberinya saya mengajar subjek Bahasa Arab dan Al-Quran tahun 1 hingga tahun 3 dan memegang kelas tahun 3 Putih. Amat berat namun saya terimanya sebagai cabaran pengalaman mendidik rijal serta rojulah cilik Islam. Dalam sejarah hidup saya, selalunya saya menyertai program motivasi untuk sekolah menengah,mahasiswa universiti dan untuk sekolah rendah hanya fokus pada tahun 4,5,dan 6. Ini kali pertama mengajar tahun 1. Ada berlari, ada menangis, ada tidur dan sebagainya. Saya kaget dan tidak tahu lakukan untuk menarik perhatian pelajar.

Cerita Dua : Saya mula membina diri dari hari ke hari untuk mengawal pelajar, terutama pelajar tahap satu. Pelbagai teknik saya gunakan. Antaranya, sebelum memulakan kelas saya akan lakukan silap mata. Ini semestinya dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pelajaran. Selain itu, setiap pelajar yang cemerlang semasa dalam kelas akan saya hadiahkan sesuatu yang bermakna. Kata-kata perangsang yang membina ditulis dan sematkan pada buku mereka. Semasa pembelajaran,petikan Al-Quran dan hadis diterjemahkan dengan bahasa yang mudah untuk dihadam dan hayati oleh pelajar-pelajar.

Cerita Tiga : Pelajar tahun satu amat mencabar bagi saya. Ada yang menangis,mesti dipujuk. Ada yang nakal, mesti diajar.. Disinilah saya belajar menjadi seorang ayah walaupun saya masih bujang. Saya perlu tegas dalam berkata. Dan adakala saya mesti mendukung mereka untuk memujuk . Adakala saya lah yang perlu membasuh najis pelajar. Semua itu mesti ditarbiyah secara hikmah dan semua itu mendidik hati saya untuk tunduk pada-Nya.

Cerita Empat : Oleh kerana di sekolah saya seorang saja pendidik lelaki. Saya semuanya. Saya guru disiplin, imam, penceramah, pengangkat barang dan lain-lain lagi. Tidak semua guru dapat rasa tapi inilah perasaan saya. Banyak pengalaman yang berharga semasa menjadi guru. Saya pernah menjadi tenaga pengajar Al-Quran kepada Syed Ali Albar iaitu anak kepada Tan Sri Syed Hamid Albar dan juga menjadi Timbalan Ketua Hakim Hari Pendidikan Islam GEPIMA peringkat Kebangsaan 2009.

Cerita Lima :” Ustaz Hafiz.Bila nak datang jenguk kami di Masjid Negara?Kami semua rindukan ustaz hafiz. Ustaz tahu tak ramai yang sedih bila ustaz pergi dan ramai yang dah boleh baca Al-Quran sekarang ni. Datang ye masjid Negara bila Ustaz free”.Sebenar saya amat mencintai profesion sebagai pendidik. Hasilnya sungguh besar dan bernilai. Sehinggakan hati saya berkali-kali memujuk. Tugas ini besar, siapa lagi hendak lakukan kalau bukan kamu. Saya Dapat lihat anak-anak kecil yang tidak mengenal Islam dan Al-Quran, bila disentuh hati-hati kecil ini,mereka inilah yang sungguh-sungguh menghargainya. Hati kecil ini masih bersih dan suci.

Cerita Tutup : Tanggal 12 Julai 2009, saya memulangkan segala jawatan yang dipinjamkan kepada saya. Telah saya tunaikan janji kepada guru besar. Semasa memindahkan semua barang-barang ,saya terjumpa sebuah puisi setahun lalu. Puisi ini menterjemahkan hati saya ketika mula-mula menjadi pendidik :

Monolog Muallim

Seperti biasa

di penjuru suatu sudut

dilingkungi wanita

sepi tanpa kata

malu pun ada

resah sentiasa

namun semangat tetap membara

disemat padu di jiwa

walaupun gaji hanya sebesar nilai selipar menteri

keberkatan-Nya nilai yang dicari

14/07/2008

SRA Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara

Hari ini saya masih terus mencari peluang untuk mendidik dan bukannya menjawat jawatan lantikan sebagai seorang guru. Harapnya Allah permudahkan jalan saya untuk mendidik. Saya yakin guru yang terbaik adalah guru yang sungguh-sungguh mendidik dari hati,sungguh-sungguh mendidik kerna Ilahi dan inilah Murabbi Mithali.Hari ini juga Hari Guru.Selamat HARI GURU buat seluruh Guru terutamanya Bonda,Ayahanda,Usu,Mak teh,Pak teh,Nyang,Akh SOS,Guru-guru SKChemara,Guru-guru MATRI,Guru-guru SRA Masjid Negara dan juga kepada yang bakal menjadi Guru, Kak Long dan Kak Cik.Jadilah Murabbi Mithali.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: