jump to navigation

Bisikan Kenangan buat Allahyarham Zainul ‘Arifin January 22, 2010

Posted by hafizuddins in Deen.
trackback

Qiamullail Ramadhan 1429H di Masjid Negara

“Anta jadi ke tak datang ke kenduri kahwin Amru dan Nik kat Melaka?Kalau takdak kenderaan,anta datang ja dengan bas. Insyallah ana akan ambik anta kat Melaka. Kita pergi sama-sama dengan Ali Ilman”. Sungguh-sungguh beliau mengajak saya. Itulah panggilan terakhir Epin kepada saya 3minggu yang lepas sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 21 Januari lalu.

Usrah Al-Khawarizmi

Usrah Al-Khawarizmi

Saya tahu saya bukanlah orang yang paling hampir atau lama bersama beliau berbanding keluarganya dan mungkin sahabat handai yang lain. Tetapi saya ingin menulis kembali kenangan manis bersama sahabat  yang amat saya dikasihi ini. Saya mengenali beliau sejak tahun 1998 semasa mula-mula menjejaki tingkatan 1 di Ma’had attarbiyah Al-Islamiah (MATRI) Perlis. Beliau merupakan sahabat yang sentiasa pandang ke hadapan, sanggup berkorban untuk sesuatu yang lebih besar dan tegas dalam membuat keputusan. Beliau amat dikenali dan disenangi senior di MATRI. Saya masih ingat beliau pernah mengeluarkan modal dan menggunakan barangan kedai atuknya yang menetap di Bukit Keteri  untuk menjayakan perniagaaan Kelas 2L1 Al-Khawarizmi bersempena ihtifal MATRI. Semasa tingkatan 3L1 saya semakin hampir dengan beliau, saya ketua kelas dan kedudukan mejanya dalam kelas dibelakang saya. Di dormitori pula katil saya disebelah katilnya. Masakan kenangan di MATRI bersama beliau saya lupakan begitu sahaja walaupun beliau hanya di MATRI sampai tingkatan 3 tahun 2000.

Reunion MATRI Batch 8 1998-2002

“Pak din!kalau ada halaqat atau program beritahu ana, kalau ana berkesempatan ana akan hadir”. Kata-kata beliau masih bermain sekitar gegelindang  telinga saya ini. Beliau selalu menghadirkan diri di RBPJ(Rumah Belia Peting Jaya) semasa saya belajar di UM dan beliau di UiTM Shah Alam. Kekadang beliau bergegas dari Melaka semata-mata untuk bersama sahabat-sahabat. Kami selalu bermain futsal, berbarbeque, berhalaqah , berbuka puasa dan qiamulail bersama.

Beliau seorang yang idealis dan realis. Banyak perkongsian rasa yang berguna. Sentiasa pandang hadapan dan sentiasa bersemangat. Perkongsian bisnes, politika antagonis “typical malay”,dan mengisi masa mencari peluang. Beliau tak lokek untuk berkongsi dan membantu. Seingat saya beliau pernah ajak bekerja katering untuk mencari wang. Kerana attitudnya saya tak pernah berkira dengan beliau. Segala program saya ajakkan. Program yang masih saya ingat, beliau sanggup datang dari jauh dan sudi untuk menjadi Hakim Pertandingan Syarahan Agama  Peringkat Kebangsaaan GEPIMA tahun lepas untuk membantu sahabatnya.

Allahyarham Zainul Arifin yang saya kenal adalah seorang yang berjiwa besar. Dia selalu berkata ‘kita adalah ‘fighter’’. Berjuang hingga akhirnya. Siapa sangka beliau akan pergi pada waktu sebegini awal pada usia 25 tahun. Kerja Allah siapa tahu. Saya yakin Allah sangat menyayangi beliau. Moga-moga Allah sentiasa merahmati beliau. Kita mesti yakin dan percaya Firman Allah dalam surah Al-Ankabuut ayat 57 “ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan”.” Epin, Ana dan sahabat-sahabat akan selalu doakan anta. Moga-moga Allah letakkaan kita dalam golongan orang yang bertaqwa pada-Nya. Kita jumpa di akhirat sana,Insyallah”.

Sahabat-sahabat Aretsains, MATRI,rerakan beliau dan sesiapa sahaja yang mengenali Zainul Arifin, sama-sama kita berikan kredit kepada beliau.  Sama-sama kita doakan semoga rohnya Allah cucuri rahmat yang tak terhingga. Sesungguhnya saya merasakan kita kehilangan seorang pemuda yang berjiwa besar. 

Allahyarham Zainul Arifin bin Shahrudin adalah anak pertama dari 6 orang adik beradik. Lulusan Ijazah Pengurusan Busines UiTm Shah Alam yang akan konvo bulan Mac 2010. Ex-MATRI Batch 8 1998-2002. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pukul 11 pagi pada 21 Januari 2010.

Comments»

1. abdullah azzam - January 25, 2010

Innalillah…semoga Allah mencucuri rahmat sahabat kita yang dah kembali ke rahmatullah.

kematian itu PASTI! selalulah ambil pengajaran dari sahabat2 terdekat kita yang telah kembali bertemu Allah.kita yang masih Allah bagi panjang umur ini janganlah leka,alpa dengan kehidupan duniawi..

pengajaran untuk ana sendiri..

2. siddiq osman - January 26, 2010

semoga Allah meluaskan kburnya dan mengampunkan dosanya.

3. shapikapikabon - February 7, 2010

innalillahiwainnailaihirajiun.

semoga Allahyarham berada di tempat orang2 yang soleh.😥

4. Shaz - May 25, 2010

Salam.

saya menghadiri majlis konvokesyen tersebut pada hari ini. saya sangat terkejut dan sangat dukacita di atas pemergian arwah. Bapa arwah menerima ijazah di atas pentas. saya tak sangka takkan dapat berjumpa dgn arwah lagi. saya tidaklah rapat atau akrab dgn beliau tapi kami berada dalam satu kelas pada semester pertama pengajian. Dia seorang yang baik, peramah dan selalu ceria je…jadi saya tidak pernah tahu keadaan kesihatannya. Mungkin dia kini berada di tempat yg lebih baik daripada sekarang, insyaAllah. Al Fatihah buat beliau.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: