jump to navigation

Harapan Tahun Baru 2010 buat Aquasympreneur January 1, 2010

Posted by hafizuddins in PUSMAL Universiti Malaya.
trackback

Assalamualaikum w.b.t ,

Yang dikasihi sahabat-sahabat Aquasympreneur sekalian,

Alhamdulillah, kita dapat bersama untuk terus iltizam dalam perjuangan kita ini. Moga-moga perjuangan ini diberkati Allah swt.  

Sahabat-sahabat  yang dikasihi Allah,

Secara tidak sedar, hampir 3 minggu kita telah bertapak dan bersama di bumi Kong Kong Johor ini. Sebelum  ini,kita telah bersama di Tg.Demong Terengganu selama 2 minggu dan 1 bulan di Pulau Langkawi. Suka dan duka banyak telah kita rintangi bersama. Saya mengharapkan segala pengalaman dan ilmu yang kita perolehi terus kita praktik dan pertingkatkan mutunya. Agar sesuatu yang sedia baik boleh menjadi lebih baik andaikata kita azam dan terus berusaha dari masa ke semasa. Alhamdulillah hari ini (1 Jan 2010) merupakan tahun baru bagi kita. Secara simboliknya, ia adalah titik tolak atau turning  point atau noktah bidayah hijrah bagi kecemerlangan projek kita.Saya menyeru agar kita bersama-sama memperbaharui azam dan niat untuk kita lebih cemerlang dalam bidang kita ceburi ini.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,

Tahun 2009 mengimbau seribu satu kenangan, ada diantara sahabat-sahabat dahulunya pernah menjadi jurutera, guru dan pelbagai latar belakang yang hebat. Namun hari ini kita telah memutuskan bahawa bidang penternakan ikan marin sebagai bidang pekerjaan kita. Jadi jangan sahabat merasa kerdil,jangan merasa sedih,dan jangan merasa ragu. Ini adalah kerja mulia pada sisi Allah andaikata niat kita semata kerana-Nya. Pastinya hasil yang diperolehi mendapat untung yang banyak dan berkat disisi-Nya. Ingat perjuangan kita masih jauh,banyak lagi pengorbanan diperlukan. Insyallah Allah permudahkan untuk kita supaya kita tidak keseorangan dalam perjuangan ini kerana PUSMAL, Universiti Malaya, Kims Fish Farm, Symbient Management dan Jabatan Perikanan Malaysia banyak membantu mendidik dan membentuk kami untuk menjadi usahawan terbilang,insyallah.  Jutaan terima kasih kita diucapkan buat mereka semua.

Akhirul kalam, suka disini saya ingin memetik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-baqarah ayat 249 dan maksudnya “Sudah beberapa kali berlaku, golongan yang kecil dapat mengalahkan golongan yang besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang bersabar.”Sama-sama kita menjadi golongan yang bersabar dan berpegang pada janji Allah untuk memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat ini. Sama-sama juga kita jadikan tahun 2010 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Terbaik.

‘Berjuang untuk bersama dan bersama untuk berjuang’

Mohd Hafizuddin Mohd Shukri

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: