jump to navigation

Hari Ibu sama Hari Guru May 16, 2008

Posted by hafizuddins in Idealis.
trackback

Pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei adalah hari Ibu. Hari guru juga dalam bulan Mei iaitu tanggal 16 Mei setiap tahun.Tidak semua wanita yang bergelar ibu. Tapi semua ibu adalah guru. Tidak juga semua guru adalah ibu. Ibu mengalirkan kasih manja buat anak-anaknya. Tidak semua guru dapat lakukan seperti ibu. Ini bermakna guru yang baik punya sifat seperti ibu. Mengalirkan air kasih dan meniupkan angin sayang.

Pabila tibanya kedua-dua hari ini saya teringatkan bonda. Kasih bonda yang sentiasa mekar bak kuntum bebunga segar dalam hati saya. Bonda seorang guru. Bonda juga semestinya seorang ibu. Bonda, selamat hari ibu dan hari guru.

Selamat hari guru pada semua guru-guru diseluruh Malaysia. Tema tahun ini iaitu Guru Cemerlang Negara Terbilang.Puisi sasterawan Negara Allayarham Dato’ Usman Awang banyak menggambarkan pengorbanan guru.


Guru Oh Guru ………………
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato’ Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: