jump to navigation

Kisah Wanita kukasih November 9, 2007

Posted by hafizuddins in Idealis.
trackback

img_0002.jpg

Ini kisah benar tentang seorang wanita. Kisah ini ringkas dan ingin dicoretkan sepadat mungkin . Kerangkanya luas dikecilkan dan panjang dipendekkan agar menjadi sebuah mini diari kehidupannya.

Tanggal 9 November 1958 iaitu satu tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu lahirnya wanita ini di kampong Simpor, Tikam Batu Kedah. Kelahiran ini memberi kegembiraan yang amat bermakna kepada sepasang suami isteri Abdul Rahman dan Azizah kerana lahirnya puteri sulung sebagai penyeri rumah tangga mereka.Namanya diberi seindah rupa dan secantik bahasa tutur katanya iaitu Mahani. Orangnya pemalu dan senyum selalu.

Sebagai anak pertama dari tujuh orang adik beradik menjadikan beliau tabah mengharungi hidup menjaga keluarga dan meneruskan cita-cita. Rutin harian yang banyak mendewasakan beliau dengan kehidupan. Tidak hairanlah sejak sekolah wanita ini bergelar olahrawati sehinggakan sewaktu di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang terkenal sebagai olahragawati maktab. Ini mungkin berkadar terus dengan tabahnya diri beliau untuk terus berlari mengejar cita-cita diri dan menjaga keluarga.

Sebelum disahkan sebagai guru, ayahanda Abdul Rahman telah pergi meninggalkan dunia dipanggil bertemuNya. Ini menghambat perasaan sedih dalam diri dalam dirinya untuk terus tabah. Pada tahun 1984, beliau berkahwin dengan seorang jejaka, namanya Cikgu Mohd Shukri, cikgu Bahasa Melayu di SMK Tengku Sulaiman, Beseri, Perlis. Di sekolah, cikgu Mahani mengajar bahasa melayu pada mulanya kemudian beralih untuk mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Diajarnya memasak, menjahit, bertani dan semuanya tentang hidup. Antara sekolah yang pernah dijejak adalah SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah Perlis, SMK Tunku Sulong Jeniang dan SMK Seri Enggang Sik.

Sekali imbas macam ustazah tetapi tidak, kata pelajar-pelajarnya jika belum mengenalinya.Di sekolah saja, satu jawatan yang semestinya harus dipegang dalam setiap program dan projek iaitu menjadi ketua bahagian pengurusan makanan, menurut guru-guru yang mengenalinya.Noktah.

Siapa tahu,
disebalik senyum
adanya tabah
disebalik malu
adanya rindu

Siapa mahu,
Dikejar emas
Dapatnya perak
Dikejar gunung
Dapatnya bukit

Siapa tahu,
Disebalik kata
Adanya rahsia
Disebalik manis
Adanya duka

Siapa
Tahu dan mahu
Disebalik adanya
Dikejar dapatnya
Allah.

Sebenarnya ini kisah bonda Mahani, bonda yang saya kasih dan rindu. Selamat Hari Lahir yang ke-49. Moga-moga Allah memberkati segalanya bagimu. Sesungguhnya puisi ini sering bermain dan berlari seputar pemikiran saya :-

Sesenyum matari
semanis rembulan
menyinari siang dan malam
kau dihati
tanpa sempadan
takkan padam

lirik
kulirik
lirik lagi
tak henti
teringat padamu
kumohon redha-Nya
sepanjang hidupmu

Dari hafizuddins.blogspot.com

Comments»

1. WAN MARHAINI - February 21, 2008

SYURGA DI BWH TELAPAK KAKI IBU……..

2. paulia - May 30, 2008

amazing, menakjubkan
subhanallah …. tak ada kata-kata yg bisa diungkapkan
masya allah…
awalnya saya cuma browsing2 saja, ketika klik eh
kedapetan hafizuddins ya, jadinya dibaca deh
but, thank’s banget artikelnya insipiratif.

3. isda - June 11, 2008

syg ibu hgga ke hujung nyawa..

4. emilya - April 21, 2010

bertuah ckgu shukri dpt ank mcm awk


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • %d bloggers like this: