jump to navigation

Satu Tahun Menjadi Pendidik May 16, 2010

Posted by hafizuddins in Idealis, Keluarga, SRA Masjid Negara.
add a comment

Ingin saya ceritakan tentang guru. Cerita mula saya mengenal dari hati seorang guru.Guru adalah satu kerja-kerja yang besar. Saya pernah laluinya dulu dan saya lahir dalam lingkungan guru-guru. Bonda saya seorang guru,guru Kemahiran Hidup yang mengajar erti kehidupan,memahat,memasak dan memanam. Ayahanda juga guru,guru Bahasa Melayu dan Sejarah, mengajar erti Sastera dan melukis hidup dari sejarah lalu. Usu mengajar Matematik,mengenalkan erti logik kehidupan. Nyang mengajar Agama Islam, mengenal tarbiah Islamiah. Allahyarhamah Cik Zurina mengajar Bahasa Inggeris.

Cerita Mula : Hari ini hari pertama di temubual dalam sejarah hidup. Sampai di aras 4, bangunan JAWI. Masih tiada calon lain. Saya orang pertama. Hati berdebar . seorang demi seorang calon tiba. Ruang sudah penuh. Nama saya dipanggil ke dalam bilik untuk di soal siasat.5 orang panel kesemuanya, 1 ustazah dan 4 ustaz. Pelbagai soalan ditanyakan kepada saya,Tajwid,Fekah,Tauhid,Sirah dan Metodologi Pengajaran. Kesemua jawapan menghampakan. Namun begitu, saya berkata dari hati kepada semua panel,”Cita-cita saya ingin jadi pendidik,ibu dan ayah saya pendidik, ibu saya selalu mendoakan agar saya menjadi pendidik. Pendidik perlu mendidik dari hati.”Sebulan kemudian, tanggal 1 Julai 2008, saya dipilih untuk mengajar di SRA Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara. Hajat ibu dan cita-cita saya tercapai.

Cerita Satu : Hari pertama yang mendebarkan. Berjumpa dengan guru besar perempuan.namanya Ustazah Zafiah. Pertemuan pertama beliau telah mengandaikan saya akan berkhidmat di sekolah mungkin sebulan dua. Tapi saya berjanji,”Insyallah sekurang-kurangnya satu tahun saya akan mendidik dan berbakti pada sekolah. Saya ingin mendidik dari hati”.Diberinya saya mengajar subjek Bahasa Arab dan Al-Quran tahun 1 hingga tahun 3 dan memegang kelas tahun 3 Putih. Amat berat namun saya terimanya sebagai cabaran pengalaman mendidik rijal serta rojulah cilik Islam. Dalam sejarah hidup saya, selalunya saya menyertai program motivasi untuk sekolah menengah,mahasiswa universiti dan untuk sekolah rendah hanya fokus pada tahun 4,5,dan 6. Ini kali pertama mengajar tahun 1. Ada berlari, ada menangis, ada tidur dan sebagainya. Saya kaget dan tidak tahu lakukan untuk menarik perhatian pelajar.

Cerita Dua : Saya mula membina diri dari hari ke hari untuk mengawal pelajar, terutama pelajar tahap satu. Pelbagai teknik saya gunakan. Antaranya, sebelum memulakan kelas saya akan lakukan silap mata. Ini semestinya dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pelajaran. Selain itu, setiap pelajar yang cemerlang semasa dalam kelas akan saya hadiahkan sesuatu yang bermakna. Kata-kata perangsang yang membina ditulis dan sematkan pada buku mereka. Semasa pembelajaran,petikan Al-Quran dan hadis diterjemahkan dengan bahasa yang mudah untuk dihadam dan hayati oleh pelajar-pelajar.

Cerita Tiga : Pelajar tahun satu amat mencabar bagi saya. Ada yang menangis,mesti dipujuk. Ada yang nakal, mesti diajar.. Disinilah saya belajar menjadi seorang ayah walaupun saya masih bujang. Saya perlu tegas dalam berkata. Dan adakala saya mesti mendukung mereka untuk memujuk . Adakala saya lah yang perlu membasuh najis pelajar. Semua itu mesti ditarbiyah secara hikmah dan semua itu mendidik hati saya untuk tunduk pada-Nya.

Cerita Empat : Oleh kerana di sekolah saya seorang saja pendidik lelaki. Saya semuanya. Saya guru disiplin, imam, penceramah, pengangkat barang dan lain-lain lagi. Tidak semua guru dapat rasa tapi inilah perasaan saya. Banyak pengalaman yang berharga semasa menjadi guru. Saya pernah menjadi tenaga pengajar Al-Quran kepada Syed Ali Albar iaitu anak kepada Tan Sri Syed Hamid Albar dan juga menjadi Timbalan Ketua Hakim Hari Pendidikan Islam GEPIMA peringkat Kebangsaan 2009.

Cerita Lima :” Ustaz Hafiz.Bila nak datang jenguk kami di Masjid Negara?Kami semua rindukan ustaz hafiz. Ustaz tahu tak ramai yang sedih bila ustaz pergi dan ramai yang dah boleh baca Al-Quran sekarang ni. Datang ye masjid Negara bila Ustaz free”.Sebenar saya amat mencintai profesion sebagai pendidik. Hasilnya sungguh besar dan bernilai. Sehinggakan hati saya berkali-kali memujuk. Tugas ini besar, siapa lagi hendak lakukan kalau bukan kamu. Saya Dapat lihat anak-anak kecil yang tidak mengenal Islam dan Al-Quran, bila disentuh hati-hati kecil ini,mereka inilah yang sungguh-sungguh menghargainya. Hati kecil ini masih bersih dan suci.

Cerita Tutup : Tanggal 12 Julai 2009, saya memulangkan segala jawatan yang dipinjamkan kepada saya. Telah saya tunaikan janji kepada guru besar. Semasa memindahkan semua barang-barang ,saya terjumpa sebuah puisi setahun lalu. Puisi ini menterjemahkan hati saya ketika mula-mula menjadi pendidik :

Monolog Muallim

Seperti biasa

di penjuru suatu sudut

dilingkungi wanita

sepi tanpa kata

malu pun ada

resah sentiasa

namun semangat tetap membara

disemat padu di jiwa

walaupun gaji hanya sebesar nilai selipar menteri

keberkatan-Nya nilai yang dicari

14/07/2008

SRA Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara

Hari ini saya masih terus mencari peluang untuk mendidik dan bukannya menjawat jawatan lantikan sebagai seorang guru. Harapnya Allah permudahkan jalan saya untuk mendidik. Saya yakin guru yang terbaik adalah guru yang sungguh-sungguh mendidik dari hati,sungguh-sungguh mendidik kerna Ilahi dan inilah Murabbi Mithali.Hari ini juga Hari Guru.Selamat HARI GURU buat seluruh Guru terutamanya Bonda,Ayahanda,Usu,Mak teh,Pak teh,Nyang,Akh SOS,Guru-guru SKChemara,Guru-guru MATRI,Guru-guru SRA Masjid Negara dan juga kepada yang bakal menjadi Guru, Kak Long dan Kak Cik.Jadilah Murabbi Mithali.

Keluarga KPIMN 2008 November 20, 2008

Posted by hafizuddins in SRA Masjid Negara.
1 comment so far

keluarga KPIMN

Lokasi : Dewan Syarahan Utama Masjid Negara

Tarikh : 13 November 2008

Progam : Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Cemerlang 2008 Kelas Pendidikan Islam Masjid Negara

Majlis Khatam Al-Quran MAsjid Negara September 26, 2008

Posted by hafizuddins in aktivis, Idealis, SRA Masjid Negara.
add a comment

Program : Majlis Khatam Al-Quran MAsjid Negara

Tarikh :26 September 2008/26 Ramadhan 1429H

Info : Setelah hampir sebulan program tadarus Al-Quran masjid Negara berlangsung, kini tiba kemuncaknya iaitu Majlis Khatam Al-Quran Masjid Negara. Majlis khatam ini dilangusungkan setelah selesai solat tarawikh lapan rakaat. Ia di disertai seramai 19 orang peserta tadarus yang terpilih dan diketuai oleh imam masjid. Saya turut terpilih memperdengarkan bacaan surah Al-fiil. Semua peserta tadarus mendapat hadiah batik serta wang perjalanan sebanyak rm 200. Pada malam itu, saya bersut baju melayu merah hati, mendapat hadiah batik beerwarna merah hati dan mendapat bunga telur merah hati. Malam Majlis Khatam Al-Quran Masjid Negara 1429H hati saya bewarna merah hati.

Hari Ini Hari Cinta September 17, 2008

Posted by hafizuddins in Idealis, SRA Masjid Negara.
add a comment

Hari ini hari rabu. Suasananya suram. Awan bergerak mendung. Menutup mentari memancarkan sinarnya. Hari ini hari rabu. Hari saya bertugas mengawalselia sekolah. Hari ini juga hari bersejarah. Hari pertama kali saya menjadi guru. Hari ini juga saya bertugas mengajar anak menteri,bukan disekolah tapi di kediaman menteri. Hari ini semacam ceria, hari Nuzul Al-Quran tahun 1429M. Hati tenang. Hari ini 3 orang guru bertugas termasuk saya iaitu Ustazah Hayati, Ustazah Hidayah dan Ustaz Hafizuddin. Kami bertiga lambang cinta H.

Perhimpunan SRA Masjid Negara

Perhimpunan SRA Masjid Negara

Wajah Ceria SRA Masjid Negara September 14, 2008

Posted by hafizuddins in SRA Masjid Negara.
2 comments

Jom Tadarus Al-Quran September 3, 2008

Posted by hafizuddins in aktivis, SRA Masjid Negara.
add a comment

Lokasi : Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Masa : Selepas Tarawikh 20 rakaat

Tarikh : 2 hingga 26 September 2008 (2 hingga 26 Ramadhan 1429H). Khatam AQ pada 26 Sept 2008.

Ketua Kumpulan : Ustaz Mahadi (Pakar Tajwid Masjid Negara)

Info : Tadarus ini untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran.Moga-moga bacaan yang sempurna dapat dipraktikkan dalam kehidupan.- Hafizuddin

SRA Masjid Negara : Johan Keseluruhan Ihtifal SRA Zon Segambut 2008 August 28, 2008

Posted by hafizuddins in SRA Masjid Negara.
add a comment

Tahniah diucapkan kepada peserta SRA Masjid Negara dengan kejayaan yang diperolehi atas kegigihan usaha tanpa jemu. Semoga Kejayaan ini dapat dikekalkan.Ihtifal SRA Zon Segambut 2008 berlangsung pada 28/08/2008 bertempat di SRA Pulapol, Jalan Semarak.-

Rakaman Takbir Raya 1429H August 27, 2008

Posted by hafizuddins in SRA Masjid Negara.
add a comment

Semalam rakaman Takbir raya tahun ini yang dirakam di Masjid Negara. Semua Staf Masjid Negara dijemput hadir. Setidakena saya turut hadir semalam.Ramai yang telah hadir termasuk beberapa kerat artis. Saksikan lakonan saya pada malam raya dan dihari raya ini. Mengikut makluman lakonan adalah untuk hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha tahun ini.-hafizuddin

  • Recent Posts

  • Top Posts

  • Archives

  • Blog Stats

  • Wacana Ibadah dan Ukhuwah

  • Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.