Bisikan Kenangan buat Allahyarham Zainul ‘Arifin January 22, 2010
Posted by hafizuddins in Deen.3 comments
“Anta jadi ke tak datang ke kenduri kahwin Amru dan Nik kat Melaka?Kalau takdak kenderaan,anta datang ja dengan bas. Insyallah ana akan ambik anta kat Melaka. Kita pergi sama-sama dengan Ali Ilman”. Sungguh-sungguh beliau mengajak saya. Itulah panggilan terakhir Epin kepada saya 3minggu yang lepas sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 21 Januari lalu.
Saya tahu saya bukanlah orang yang paling hampir atau lama bersama beliau berbanding keluarganya dan mungkin sahabat handai yang lain. Tetapi saya ingin menulis kembali kenangan manis bersama sahabat yang amat saya dikasihi ini. Saya mengenali beliau sejak tahun 1998 semasa mula-mula menjejaki tingkatan 1 di Ma’had attarbiyah Al-Islamiah (MATRI) Perlis. Beliau merupakan sahabat yang sentiasa pandang ke hadapan, sanggup berkorban untuk sesuatu yang lebih besar dan tegas dalam membuat keputusan. Beliau amat dikenali dan disenangi senior di MATRI. Saya masih ingat beliau pernah mengeluarkan modal dan menggunakan barangan kedai atuknya yang menetap di Bukit Keteri untuk menjayakan perniagaaan Kelas 2L1 Al-Khawarizmi bersempena ihtifal MATRI. Semasa tingkatan 3L1 saya semakin hampir dengan beliau, saya ketua kelas dan kedudukan mejanya dalam kelas dibelakang saya. Di dormitori pula katil saya disebelah katilnya. Masakan kenangan di MATRI bersama beliau saya lupakan begitu sahaja walaupun beliau hanya di MATRI sampai tingkatan 3 tahun 2000.
“Pak din!kalau ada halaqat atau program beritahu ana, kalau ana berkesempatan ana akan hadir”. Kata-kata beliau masih bermain sekitar gegelindang telinga saya ini. Beliau selalu menghadirkan diri di RBPJ(Rumah Belia Peting Jaya) semasa saya belajar di UM dan beliau di UiTM Shah Alam. Kekadang beliau bergegas dari Melaka semata-mata untuk bersama sahabat-sahabat. Kami selalu bermain futsal, berbarbeque, berhalaqah , berbuka puasa dan qiamulail bersama.
Beliau seorang yang idealis dan realis. Banyak perkongsian rasa yang berguna. Sentiasa pandang hadapan dan sentiasa bersemangat. Perkongsian bisnes, politika antagonis “typical malay”,dan mengisi masa mencari peluang. Beliau tak lokek untuk berkongsi dan membantu. Seingat saya beliau pernah ajak bekerja katering untuk mencari wang. Kerana attitudnya saya tak pernah berkira dengan beliau. Segala program saya ajakkan. Program yang masih saya ingat, beliau sanggup datang dari jauh dan sudi untuk menjadi Hakim Pertandingan Syarahan Agama Peringkat Kebangsaaan GEPIMA tahun lepas untuk membantu sahabatnya.
Allahyarham Zainul Arifin yang saya kenal adalah seorang yang berjiwa besar. Dia selalu berkata ‘kita adalah ‘fighter’’. Berjuang hingga akhirnya. Siapa sangka beliau akan pergi pada waktu sebegini awal pada usia 25 tahun. Kerja Allah siapa tahu. Saya yakin Allah sangat menyayangi beliau. Moga-moga Allah sentiasa merahmati beliau. Kita mesti yakin dan percaya Firman Allah dalam surah Al-Ankabuut ayat 57 “ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan”.” Epin, Ana dan sahabat-sahabat akan selalu doakan anta. Moga-moga Allah letakkaan kita dalam golongan orang yang bertaqwa pada-Nya. Kita jumpa di akhirat sana,Insyallah”.
Sahabat-sahabat Aretsains, MATRI,rerakan beliau dan sesiapa sahaja yang mengenali Zainul Arifin, sama-sama kita berikan kredit kepada beliau. Sama-sama kita doakan semoga rohnya Allah cucuri rahmat yang tak terhingga. Sesungguhnya saya merasakan kita kehilangan seorang pemuda yang berjiwa besar.
Allahyarham Zainul Arifin bin Shahrudin adalah anak pertama dari 6 orang adik beradik. Lulusan Ijazah Pengurusan Busines UiTm Shah Alam yang akan konvo bulan Mac 2010. Ex-MATRI Batch 8 1998-2002. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) pukul 11 pagi pada 21 Januari 2010.
Harapan Tahun Baru 2010 buat Aquasympreneur January 1, 2010
Posted by hafizuddins in PUSMAL Universiti Malaya.add a comment
Assalamualaikum w.b.t ,
Yang dikasihi sahabat-sahabat Aquasympreneur sekalian,
Alhamdulillah, kita dapat bersama untuk terus iltizam dalam perjuangan kita ini. Moga-moga perjuangan ini diberkati Allah swt.
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,
Secara tidak sedar, hampir 3 minggu kita telah bertapak dan bersama di bumi Kong Kong Johor ini. Sebelum ini,kita telah bersama di Tg.Demong Terengganu selama 2 minggu dan 1 bulan di Pulau Langkawi. Suka dan duka banyak telah kita rintangi bersama. Saya mengharapkan segala pengalaman dan ilmu yang kita perolehi terus kita praktik dan pertingkatkan mutunya. Agar sesuatu yang sedia baik boleh menjadi lebih baik andaikata kita azam dan terus berusaha dari masa ke semasa. Alhamdulillah hari ini (1 Jan 2010) merupakan tahun baru bagi kita. Secara simboliknya, ia adalah titik tolak atau turning point atau noktah bidayah hijrah bagi kecemerlangan projek kita.Saya menyeru agar kita bersama-sama memperbaharui azam dan niat untuk kita lebih cemerlang dalam bidang kita ceburi ini.
Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,
Tahun 2009 mengimbau seribu satu kenangan, ada diantara sahabat-sahabat dahulunya pernah menjadi jurutera, guru dan pelbagai latar belakang yang hebat. Namun hari ini kita telah memutuskan bahawa bidang penternakan ikan marin sebagai bidang pekerjaan kita. Jadi jangan sahabat merasa kerdil,jangan merasa sedih,dan jangan merasa ragu. Ini adalah kerja mulia pada sisi Allah andaikata niat kita semata kerana-Nya. Pastinya hasil yang diperolehi mendapat untung yang banyak dan berkat disisi-Nya. Ingat perjuangan kita masih jauh,banyak lagi pengorbanan diperlukan. Insyallah Allah permudahkan untuk kita supaya kita tidak keseorangan dalam perjuangan ini kerana PUSMAL, Universiti Malaya, Kims Fish Farm, Symbient Management dan Jabatan Perikanan Malaysia banyak membantu mendidik dan membentuk kami untuk menjadi usahawan terbilang,insyallah. Jutaan terima kasih kita diucapkan buat mereka semua.
Akhirul kalam, suka disini saya ingin memetik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-baqarah ayat 249 dan maksudnya “Sudah beberapa kali berlaku, golongan yang kecil dapat mengalahkan golongan yang besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang bersabar.”Sama-sama kita menjadi golongan yang bersabar dan berpegang pada janji Allah untuk memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat ini. Sama-sama juga kita jadikan tahun 2010 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Terbaik.
‘Berjuang untuk bersama dan bersama untuk berjuang’
Mohd Hafizuddin Mohd Shukri
‘Ana’ muncul & ‘Aku’ pergi December 20, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.Tags: Idealis
add a comment
Ana
Telah meninggalkan aku
pada hari lalu
yang suram tanpa tuju
Aku
rasa kerdil kerna dosa-dosa lalu
ingin kutinggalkan jalan sepi ini
Aku adalah ana pada tika dulu
Ana adalah aku pada tika ini
Ana muncul dan Aku pergi
Setelah merasai
Tarbiah diri
Kerna Ilahi
9/12/2009
Teratak Aquasympreneur
Kongkong, Johor Bahru
DIAM December 1, 2009
Posted by hafizuddins in Idealis.Tags: Idealis
add a comment
Adapun
“Assuqutu Alamatu Redha”
Diam itu tandanya setuju
Tapi
Adakalanya
Diam itu tandanya tidak setuju
Tidak suka
Tidak sehaluan
Namun
Ini bukan penyelesaian
Keputusan
Biar perit
Biar pedih
Untuk rasai kemanisan
Ukhwah
Kerana Allah
Teratak hijau
28 November 2009
Kasih & Kisah November 24, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.Tags: Sastera
add a comment
Kisah ini benar
Sungguh benar
Sememangnya betul
Sayang
Kisah ini telah berlalu
Tiada siapa tahu
Terasa pilu
Rindu
Kisah ini disimpan rapi
Digenggam erat
Diam
Kisah kasih
Kasih kisah
Tak kasih
Tak kisah
Tiada siapa kasih
Tiada siapa kisah
Tiada siapa tahu,
Allah.
Teratak Hijau
November 2009
Kak Cik Dapat Pi UK? August 27, 2009
Posted by hafizuddins in Keluarga.add a comment

Kisah Kak Cik ni agak pelik tapi ia benar. Sejak daripada bangku sekolah cita-citanya ingin keluar negara. Dipendam dan digenggam rapi agar ia tercapai. Tidak hairanlah dia menjadi pelajar terbaik sekolahnya dulu. Seingat saya, dia begitu sedih keputusan SPM beliau jatuh merudum tersasar dari matlamat asal. Setiap hari sedih, sebulan kecewa hilang ketawa.Tapi semasa di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, dengan izin Allah beliau dipanggil untuk menyambung A-Level bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) ke Luar Negara dalam bidang Biologi. Pengajian A-Level ini di Kolej Yayasan UEM.Secara ringkasnya, beliau akan menjadi seorang guru Biologi apabila tamat pengajian. Mungkin ini, doa ibu saya seiring doa dia. Ibu ingin kak cik jadi cikgu dan kak cik ingin keluar negara. Apa yang peliknya, keputusan untuk ke Universiti mana kak cik seorang ja masih belum ketahui. Pilihan Kak Cik Sheffield University atau York University. Harapnya Allah permudahkan untuk adik saya yang manja ini menyambung pelajarannya. Kita nantikan keputusannya dalam masa terdekat ini.
Belasungkawa : Pemergian Ustaz Asri Rabbani August 13, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.add a comment

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Beliau merupakan Lagenda Nasyid Malaysia, Ulama’ Nasyid dan juga dikenali ‘Suara Emas’. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan kepada industri Nasyid Tanah Air. Album terakhirnya adalah Nostalgia Nada Murni. Beliau menghembuskan nafas terakhir semasa mengadakan persembahan di RTM pkul 11pagi tadi.Sama-sama kita doakan moga-moga Allah merahmati seluruh hidup beliau. Satu lirik dari album beliau untuk renungan bersama :-
“Kerlipan Cinta”
Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ….
Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati
Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta
Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu
Ku kembara setia disisinya …
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya
Si Burung Merak Terbang Menutup Usia : Takziah buat WS Rendra August 7, 2009
Posted by hafizuddins in Idealis.add a comment
Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra, yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.
Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali “Si Burung Merak” meninggal dunia pada 6 Ogos 10.15 malam, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan.
“Sajak Rajawali ~ W.S Rendra
Sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri
Rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara
Rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya
Hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana
Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka
W.S Rendra, Kumpulan Puisi ” Perjalanan Bu Aminah “, Yayasan Obor Indonesia – 1997
20 Aquasympreneur Universiti Malaya ikuti kursus di Tanjung Demong,Terengganu July 27, 2009
Posted by hafizuddins in PUSMAL Universiti Malaya.add a comment
25 Julai 2009- Seramai 20 orang siswazah yang telah dipilih sebagai Aquasympreneur telah mengikuti kursus teknik ternakan ikan marin di Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut,Tanjung Demong, Terengganu bermula pada 25 Julai sehingga 6 Julai 2009.Maklumat lanjut dan gambar pada pautan http://pusmal-um.webs.com/
Perasmian PUSMAL dan Projek Ternakan Ikan Sangkar Marin July 14, 2009
Posted by hafizuddins in PUSMAL Universiti Malaya.1 comment so far
14 Julai 2009 -Ini hari bersejarah bagi Universiti Tertua di Malaysia iaitu Universiti Malaya bagi melahirkan satu Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia(PUSMAL). Pusat ini dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ seri Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Pengarah Eksekutif PUSMAL, En Ab. Azid Che Ibrahim melahirkan rasa berpuas hati dengan perasmian PUSMAL serta projek perintisnya iaitu Projek Penternakan Ikan Sangkar Marin di Pulau Pangkor. Projek ini disertai seramai 20 orang graduan dari seluruh Malaysia. Peserta ini akan didedahkan serta ditunjuk ajar sehingga menjadi usahawan yang berjaya dengan mengikut prinsip PUSMAL yang berteraskan Pakatan Simbiotik. Turut hadir bersama, Naib Canselor UM Dato’ Gauth,TNC HEP serta seluruh Usahawan Utama yang membantu PUSMAL. Koperasi Simbiotik Siswa dan Alumni Universiti Malaya turut diperkenalkan bagi menyubur aktiviti Usahawan dikalangan Siswa dan Alumni Universiti Malaya.-Hafizuddin
Al-Fatihah Buat Sahabat Dikasihi, Muhsin Abd. Rahim (anak angkat Dr. Ismail ) May 21, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.add a comment
Al Fatihah -
sahabat kita Muhsin Abd. Rahim (anak angkat Dr. Ismail ) kembali kerahmatullah
Tarikh : 21 Mei 2009 (5.25pm)
Jenazah bakal di solat jam 10.30 pagi (22/05/09).
Sama sama kita doakan agar Arwah ditempatkan bersama orang beriman. Amin
Pertandingan Pidato Kelab Pidato Perdana April 17, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.add a comment
SAYANG February 13, 2009
Posted by hafizuddins in Deen.1 comment so far
Sayang
Ayang
Yang
Ang
N
G
Dimulakan sayang
Diakhiri ANG
Jangan begitu.
Sayanglah selalu.
*ANG=Hang (Bahasa Utara) = Kamu
Penjaga_agama
9/02/09
Politik Kotor January 16, 2009
Posted by hafizuddins in Deen, Idealis.Tags: Idealis
2 comments



Uni Malaya, 15 Jan-Kepala khinzir diletakkan didalam surau Akademi Pengajian Islam Uni Malaya bersama bendera Pas yang dicontengkan “PAS,PMIUM dan PRO-M”. Adakah ini dikatakan protes untuk umat Islam?Adakah juga ini motif politik kampus? Ternyata ini perkara yang menjijikan dan melampau.












